WELCOME TO
♥ zianaRizz
Me!

Ruzziana Ramley
22 tahun
UiTM Penang
Selamat Berkenalan! =D

Usia

Daisypath Happy Birthday tickers
My Wish List! :)

Blackberry
Student
Iphone
Degree
My own Properties
My own Family :)



Main Gila.


Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa 'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya'. Bermaksud, melatih anak biar dari kecil. Alasan, anak kecil senang dibentuk. Dan harapan ibubapa mestilah nak anak mereka jadi insan berguna, kan?
Sebelum tu nak ucapkan - Semoga selamat semuanya, semoga sihat ibu dan anak kepada rakan tingkatan 5 ku Nur Eliza yang sedang bertarung nyawa di bilik bersalin di Hospital Banting. Good Luck!

Aku rasa entri kali ni lebih kepada tidak kepuasan hati. Sebab? Aku memang tak puas hati.

Selasa, 27 November 2013, sekitar 4.45 petang, lokasi di bilik pos mel, untuk kali pertama setelah dua tahun aku melanjutkan pelajaran  di Universiti Teknologi Mara cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh  (UiTM PP), aku telah di saman. Alasan? Seluar terlalu ketat.
Hahaha, nak tergelak pun ada sebab aku rasa terlalu ramai siswi yang pakai seluar yang sama ketat atau lebih ketat daripada seluar aku.
Aku tahu ada yang akan pandang entri ni dengan dua perspektif yang berbeza.
Positif.
Negatif.
Atau kosong?

Aku tahu, Everything Happens For A Reason kan? Well, dengan itu melayanglah RM40 aku. Ha, ni cek nak habaq mai, memang aku suka bagi duit kat orang banyak-banyak pun!

Semester dua, aku kena bayar denda sebab kunci bilik aku hilang. Actually bukan hilang tapi terjatuh dalam lubang bukaan pintu lif. Terbang RM15! Dah akhir semester dua masa tu. Bayar jela daripada nanti tak konvo?

Semester empat, aku dah booked ticket flight untuk pulang ke Banting. Dah plan baik punyer ni tapi? Memang aku suka majukan Air Asia. Suka beli lepas tu tak naik. Memang hobi aku! Disebabkan ada trip ke Melaka tak boleh nak tunda tarikh lagi, okey fine!

Kepada pakcik polis bantuan yang telah bagi aku saman, aku ucapkan banyak terima kasih. Aku tak tahu dia memang nak saman aku atau akak pos mel gila tu yang hasut dia suruh saman aku.

Kepada akak pos mel gila tu, buat kerja elok-eloklah ye. Jangan toya sangat muka. Ringan-ringankanlah untuk bagi senyuman kat student.

Kepada staff-staff tak kisah dimana anda berada, silalah ringankan bibir anda untuk berikan senyuman seikhlas hati. Aku tahu kerja memang penat sebab aku sendiri pernah ada pengalaman bekerja. Tak payah nak buat muka letih sangat sebab semua orang bekerja penat, kan?

Tak kisahlah anda seorang yang berjawatan tinggi, berpangkat tinggi, jawatan rendah sekali pun silalah senyum untuk kepuasan hati masing-masing, okay?

Aku akan jadi seperti mana orang tu treat aku. Kalau orang tu okay baik, baiklah aku. Kalau orang tu tak berapa baik biadap, biadap jugaklah aku jadi. Terima kasih!



Kahwin.


Maksud kahwin (wiki) perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur.
Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.


Aku sedar sekarang trend kahwin muda, kan? Sebaya aku, umur sama aku dah bertunang. Bakal menjadi tunang orang. Seterusnya, kahwin lah what else.
Aku ucapkan tahniah kepada rakan-rakan, sahabat-sahabat aku yang hampir nak jadi bini/laki orang.
Congratulations!
Aku juga ingin ucapkan takziah kepada siapa-siapa yang sudah putus tunang?
Tak ada jodoh. Pasrah.


Well, aku sedar aku ni siapa. Aku ni apa.
Nothing.
Nobody.
No one.
Like hell, who care?


Aku just nak tahu apa motif kawan aku cakap budak kelas depan (aku kelas tengah pandai dan bodoh) ramai yang sudah kahwin.
So what?
Aku kisah?
Nak cakap yang aku ni tak laku? Macam tu?




Johor.


Johor.
Apa yang ada pada Johor?

Johor.

Satu negeri.
Di selatan semenanjung Malaysia.

Johor Darul Takzim.
1,386,569.
Populasi penduduk negeri Johor. (sumber wiki 2010)

Tiga warna pada bendera.
Putih. Merah. Biru.

Well, adakah tukang lawak sama dengan Johorean? (comedian = Johorean)
Sebab, mostly comedian berasal dari negeri Johor.
Atau sesetengah?
Atau segelintir?

Tak tahu.

Tapi apa yang aku tahu, kebanyakan.

Sepah (Jep, Shuib, Mamat) - Johor.
Shiro (Ajak, Shahrul) - Johor.
Along - Johor.
Afdlin Shauki - Johor.
Tauke - Johor.
Angah - Johor.

Sikit. Banyak. Yang aku tahu.

Jadi,
Adakah tukang lawak memang berasal dari Johor?
Adakah rakyat Johor memang suka melawak?
Adakah rakyat Johor di latih untuk menjadi tukang lawak?

Atau.

Adakah salah seorang pemuda/lelaki yang berakyatkan negeri Johor yang suka melawak dan membuat lawak bakal menjadi sebahagian daripada hidup aku?
Ini di sebabkan oleh sifat dan kerakyatan beliau.
Mungkin?
Rahsia Allah.

Tapi apa yang aku suka. Komedi. Ketawa. Lucu.
Hahaha.



Motif.



Rutin seorang pelajar. Bangun pagi kalau ada kelas pagi. Tak ada?
Okay, sambung tidur sampai tengah hari.


Hari ini, kelas lapan pagi. Malangnya, sepuluh pagi kelas tak ada. Cancel. Batal.
Apa lagi?
Medan selera Baiduri menjadi destinasi.
Seperti biasa. Rutin harian.
Nasi lemak memang buat aku terliur. Tapi hanya nasi lemak yang best sahaja, hahah.
Tapi hari ini aku tak terliur lihat nasi lemak. Sebab semalam aku dah makan nasi lemak.
Jadi? Memang tak jadi aku nak makan nasi lemak hari ini.


Selera aku beralih kepada bihun goreng.
Memang tak dapat di nafikan bihun goreng medan selera Baiduri.
Gerai yang paling hujung.
Pelbagai aneka lauk.
Menjadi tempat keroyok. Siswa. siswi.
Tak dapat menahan gelora nafsu untuk jamah bihun goreng.
Medan selera Baiduri. Ya, gerai yang tu. Paling hujung. Tapi bukan sekarang.
Jam empat petang nanti baru mula.


Sebagai ganti nasi lemak serta bihun goreng Baiduri gerai paling hujung, tetap bihun goreng.
Tapi gerai masakan kampung. Tempat aku beli nasi lemak. Selalu. Kebiasaannya.
Pelbagai jenis lauk. Pelbagai saiz dulang makanan. Satu tumpuan. Bihun goreng!
Ada apa dengan bihun goreng sampai aku obses? Entah.


Ikut selera. Beberapa senduk nasi bihun goreng. Dua. Tiga. Empat. Barangkali.
Di tambah cecair merah. Merah hitam. Pekat. Berbiji-biji. Pedas. Sambal.
Dua ketul isi ayam yang di mampat. Di goreng keemasan. Garing. Kuning. Keorengan.
Nugget.
Bayar.
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.


Ya, makcik cashier yang selalu aku berhadapan. Kalau aku beli nasi lemak.
Lambat. Lemah. Berborak. Perwatakan makcik cashier.


Ikuti dialog kami ( lebih kurang )
Makcik : Ambik satu lagi nugget ni. Baru di kira seringgit.
Aku : Oh, yeke. Okay. Kira berapa semua tu? Nanti saya ambil lagi satu.
Makcik : ( tunggu aku. pegang polistrin makanan aku. tak buat apa-apa. ) Dua ringgit. Ruzziana!
Aku : ( keluarkan duit nak bagi makcik cashier. hulur not satu ringgit. dua helai. ) sambil bermonolog : eh, Ruzziana nama aku lah kan? Macam mana makcik ni tau nama aku? Kad pelajar! Bingo!
Makcik : Eh, ambik lagi satu. Tak apa, biar makcik ambikkan.
Aku : Eh, eh ( sambil mengekori makcik cashier )
Makcik : ( ikat polistrin makanan aku dengan getah. )
Aku : Terima kasih.

Motif? Apa motif makcik?


Telah berjaya buang bekas makanan putih dalam plastik hitam yang melekat dengan tong sampah yang pertama. Hebat!



Celaka.



Pada tanggal 7 Oktober 2013, sekitar jam 9 sesuatu (something) malam. Celaka! Celaka kau! Managerial Economics.
Kejam!
Kau telah berjaya mengalirkan air mata aku. Kejam!
Aku tahu kau akan membantu aku pada masa depan. Tapi kenapa kau mesti susah untuk di fahami
 Di pelajari? Di amati? Kenapa?
Adakah semuanya berpunca daripada aku?
Sebab aku? Pasal aku?
Aku rasa sesat. Managerial Economics. Sesat. Buntu.
Tak ada jalan keluar untuk aku.
Kaku. Mati.


Sepanjang tempoh dua tahun.
Empat semester.
Kau yang pertama buat aku hilang arah.
Hilang akal. Hilang ketawa.
Kau hanya beri sesuatu.
Sedih!


Maafkan aku sahabat.